SAMPAI di pusat membeli-belah, Aryana sekadar mengikut sahaja langkah Haniff. Malas mahu bertanya. Tunggu dan lihat sahaja barang apa yang hendak dibeli Haniff. Petang begini orang tidak ramai sangat. Terasa bebas sedikit hendak berjalan. Tanpa banyak soal Aryana hanya mengikut Haniff yang naik ke tingkat dua pusat membeli-belah yang mereka kunjungi.
Aryana
meneruskan langkah apabila Haniff sudah masuk ke kedai yag menjual peralatan
sukan.
“Nak
cari apa?” tanya Aryana sambil merapati Haniff.
“Sleeping
bag,” jawab Haniff sambil mata masih leka mencari barang yang diingini.
Berkerut
dahi Aryana memandang Haniff.
“Nak
buat apa?”
“Dah
agak dah. Tak ambil berat langsung pasal perkara kecil macam ni kan?” Haniff
mengangkat sebelah keningnya.
“Tak
lama lagi kita kan nak pergi hiking. Sleeping bag ni nak guna
masa kita kat sanalah. Atas gunung tu sejuk, nanti tak boleh tidur,” terang
Haniff sambil matanya tepat memandang Aryana.
Yalah,
atas gunung mestilah sejuk. Sedangkan ketika mereka pergi berkhemah dalam hutan
masa sekolah menengah dulu pun sangat sejuk. Inikan pula atas gunung. Berganda
sejuknya. Aryana tayang sengih selamba.
“Selalu
macam tu kan? Tak ambil berat langsung untuk diri sendiri. Takkan nak angkut
selimut tebal masa nak naik gunung nanti.”
“Tak
ingatlah.” Aryana tayang muka tak bersalah.
Haniff,
apabila membebel kalah orang perempuan. Tidak pernah ada pengalaman naik
gunung. Jadi, Aryana tidak terfikir benda-benda begitu. Haniff lainlah. Selalu
mengikuti aktiviti daki-mendaki. Jadi, dia lebih arif.
“Ada
pulak tak ingat. Awak tu perempuan, kena jaga diri.”
“Yalah...
yalah...” Malas Aryana hendak bertikam lidah dengan Haniff. Nanti tak
pasal-pasal mereka bergaduh pula tengah-tengah pusat membeli-belah ni.
Selepas
meminta bantuan pekerja butik yang menjual pakaian dan alatan sukan, akhirnya
Haniff memilih sleeping bag yang dirasakan sesuai.
“Nak
warna apa?” tanya Haniff sambil menoleh ke arah Aryana.
“Warna
merahlah.” Akhirnya Aryana memilih sleeping bag yang berwarna merah.
“Tak
nak beli untuk diri sendiri ke?” Hairan Aryana apabila Haniff hanya memilih
satu sleeping bag sahaja.
“Aku
dah ada sleeping bag kat rumah. Pilihlah untuk Mira sekali,” usul
Haniff.
Ya
tak ya juga. Macam manalah Aryana boleh terlupa tentang rakannya yang seorang itu. Nasib baik
Haniff ingat juga pada Mira. Tidaklah muncung Mira keluar sedepa nanti kalau
nampak Aryana bawa balik sleeping bag tetapi tiada untuknya.
“Amboi,
bukan main ingat lagi dia kat Mira.” Sengaja Aryana mengusik begitu sambil
tersengih nakal.
“Laa…
Mira kan kawan kita berdua.” Polos jawapan Haniff. Tidak sedar yang Aryana
sedang mengusiknya.
“Oh,
ya tak ya jugak. Mana nak dicampak Hanna tu.”
“Yana...”
Suara Haniff berubah tegas namun masih bernada lembut membuatkan Aryana
menghentikan kata. Namun bibirnya tetap mengukir senyuman.
“Gurau
ajelah.” Aryana sudah terkekeh ketawa.
“Ingatkan
cemburu tadi.” Giliran Haniff pula mengusik.
“Tak
kuasalah nak cemburu. Lainlah kalau Danial yang cakap macam tu, cemburu
jugaklah.” Aryana berkata selamba.
“Tak
ada Danial beranilah cakap macam tu. Cuba Danial ada depan mata, mulalah
malu-malu kucing. Cakap pun bukan main sopan lagi, sepatah-sepatah.”
“Dia
tu pendiam. Bukan macam kita yang banyak cakap ni. Cakap banyak-banyak dengan
Danial pun buat penat aje. Dia setakat tahu senyum aje.”
Memang
begitulah sikap Danial. Agak pendiam orangnya. Tidak seperti Haniff yang banyak
mulut dan periang. Bercakap banyak ketika bersama dengan Danial pun, nanti
Aryana juga yang malu sendiri kerana Danial jarang sangat mengulas panjang.
“Yang
pendiam tu jugaklah yang boleh buat kawan aku ni angau sampai tak lena tidur
malam,” kata Haniff selamba dan nada suaranya sedikit perlahan.
Malas
hendak mengulas lanjut Aryana menukar topik perbualan.
“Ada
barang lain lagi ke yang nak dibeli?”
Dari
tadi Haniff masih tercari-cari sesuatu. Ada lagilah tu barang yang diinginkan.
“Ada,
nak cari kasut.” Haniff membelek beberapa pasang kasut yang ada di butik peralatan
sukan yang mereka kunjungi ketika ini.
“Cari
hiking shoes, encik?” Salah seorang pekerja wanita yang ada bertanya
dengan dialek Cina yang agak pekat.
Agaknya
dari tadi lagi pekerja wanita itu melihat Haniff hanya membelek kasut yang
sesuai digunakan ketika mendaki.
Pantas
Haniff mengangguk.
“Untuk
kawan saya.” Haniff menghalakan pandangannya ke arah Aryana.
Sambil
itu dua pasang kasut yang telah dipilih sebentar tadi diberikan kepada Aryana
untuk dicuba.
“Pakai
kasut sukan biasa tak boleh ke?” Berkerut-kerut dahi Aryana bertanya.
“Laluan
naik ke gunung bukannya macam laluan yang rata masa kita berlari kat tengah
padang. Bukannya tak boleh langsung, boleh. Tapi kurang sesuai. Boleh nak pakai
kasut sukan biasa tapi licin sikitlah. Bahaya. Buatnya terjatuh atau terseliuh,
kan susah. Tak pasal-pasal pulak cedera masa atas gunung nanti. Selalu sangat
tak alert benda-benda macam ni kan.”
Haniff
sudah mula membebel. Terpaksa Aryana tadah telinga. Kalau menjawab makin
panjang pula khutbah Haniff. Kalah mak nenek. Sambil itu Aryana melihat juga
koleksi kasut yang ada. Ada beberapa pasang kasut yang menarik perhatiannya,
lalu dicuba. Kasut mendaki yang dipilih Haniff sebentar tadi turut dicuba.
“Boleh
cuba yang ni jugak. Bulan ni kami ada promosi. Couple hiking shoes untuk
pasangan kekasih. Limited edition punya. Ada potongan harga sehingga 50
peratus. Boleh cuba.” Lembut gadis manis yang berbangsa Cina itu mempromosikan
beberapa pasang kasut yang dimaksudkan.
Haniff
yang pada asalnya sekadar ingin memilih kasut mendaki untuk Aryana ikut teruja
meneliti kasut mendaki yang dibawa oleh pekerja wanita itu. Ada tiga pasang
semuanya untuk lelaki dan perempuan. Cantik-cantik juga warnanya. Bahagian
dalamnya lembut dan selesa dilapisi span yang lebih tebal berbanding kasut
sukan biasa. Bentuknya hampir sama, cuma ada sedikit perbezaan. Kasut untuk
perempuan lebih bercirikan feminin dan lelaki pula kelihatan lebih kelelakian.
“Nak
yang mana?” Selamba Haniff bertanya.
“Untuk
couple kot.”
Aryana
tayang muka pelik. Keliru dan tak pasti.
“Bukan
kau dah ada kasut mendaki ke? Nak beli lagi ke?” Tetapi suara Aryana perlahan
sahaja. Cukup sekadar untuk pendengaran mereka berdua.
Agaknya
pekerja wanita Cina yang berada di hadapan mereka ini menganggap dirinya dan
Haniff sebagai pasangan kekasih.
“Apa
salahnya. Beli untuk suka-suka aje pun.” Haniff berkata selamba.
Entah
bagaimana, dengan sekelip mata Aryana ikut mengangguk. Betul juga. Kasut-kasut
yang ada memang cantik. Separuh harga pula. Beli untuk suka-suka bak kata
Haniff. Mereka pasangan kekasih atau tidak, itu tidak penting. Bukannya pekerja
wanita Cina di hadapan mereka ini kisah mereka betul-betul pasangan kekasih atau
tidak. Apabila sudah dapat tawaran harga yang berpatutan begini, rugi pula
kalau menolak. Takkan menjadi satu kesalahan pun setakat pakai kasut yang
dipromosikan untuk pasangan kekasih sekalipun mereka bukanlah pasangan kekasih.
“Tapi
tak rasa membazir ke beli satu lagi hiking shoes ni? Tadi kata dah ada,”
tanya Aryana perlahan. Hampir berbisik.
“Yang
ada kat rumah tu aku dah beli dua tahun dulu. Sebab tak selalu guna jadi kasut
tu elok lagi. Memang tak ada niat nak beli baru. Tapi bila tengok couple
hiking shoes ni cantik jugak. Boleh pakai gilir-gilir.” Bersahaja Haniff
bersuara. Riak wajahnya bukan main selamba lagi.
Haniff
sudah kata begitu, apa lagi yang Aryana boleh cakap. Pekerja wanita ini pun
bukannya tahu mereka pasangan kekasih atau tidak.
“Kita
ambil yang inilah. Okey tak?” Aryana memilih sepasang kasut yang dirasakan
sesuai untuk dirinya dan Haniff.
“Okey.”
Cepat sahaja Haniff memberikan persetujuan.
Kasut
mendaki yang dipilih Aryana adalah gabungan warna hijau lumut dan hitam. Di
bahagian tapak dan bahagian tepi tapak bewarna merah darah. Tapaknya pula lebih
tebal dari kasut sukan biasa. Bunga pada tapak kasutnya juga lebih dalam dan
lebih mencengkam.
Kasut yang
telah disarung di kaki dilihat pada cermin. Aryana berpusing kiri dan kanan
untuk melihat kesesuaian dengan kakinya. Memang Aryana puas hati. Sangat selesa
ketika dipakai. Terasa ringan di kaki.
Haniff
turut berdiri di sebelah Aryana. Sama-sama melihat pantulan imej mereka di
cermin. Kedua-dua kaki mereka tersarung couple hiking shoes yang sama.
Sekali tengok memanglah seperti pasangan kekasih. Apabila berdiri sebelah-menyebelah
macam ni, tiba-tiba Aryana terasa Haniff ni tinggi sangatlah pula orangnya.
Aryana baru capai paras bahu Haniff je. Sejak bila pula Haniff jadi tinggi
sangat ni?
“Okey
tak? Selesa?” tanya Haniff sambil menoleh memandang Aryana.
“Selesa.”
Aryana mengangguk perlahan. Melantun pergi segala apa yang bersarang di benak
fikirannya sebentar tadi dengan pertanyaan Haniff.
Dari
tadi mereka berdua terpusing-pusing di hadapan cermin. Kalah model antarabangsa
buat catwalk. Mereka sakan mencuba kasut-kasut yang ada. Sekiranya tidak
jadi membeli, pasti pekerja wanita Cina itu mengamuk.
“Kena
ajak Mira datang kat sini jugaklah. Dia tak ada hiking shoes.” Aryana
mengomel sendirian.
“Beli
ajelah untuk Mira sekali.” Haniff sudah mula menanggalkan hiking shoes
yang dicubanya sebentar tadi.
“Mana
nak tahu dia suka yang macam mana. Kalau beli takut Mira tak selesa pulak.
Membazir aje kalau dia tak pakai nanti.”
“Esok-esok
pun boleh pergi. Sempat lagi nak beli. Bukannya kita nak pergi esok.”
“Tadi
kalau beritahu awal-awal tujuan datang sini nak beli sleeping bag dengan
hiking shoes kan senang. Sah Mira ikut sekali.”
“Tak
apa. Sempat lagi nak beli lain kali. Aku ingat Mira tak nak ikut tadi sebab dia
sibuk.” Mudah jawapan Haniff.
“Mana
ada sibuknya. Kelas kita orang dah habis tengah hari tadi. Yang petang ni punya
batal. Mira dengan aku kat library tadi tengah menghadap buku rujukan
buat nota aje,” beritahu Aryana.
Selesai
membuat pembayaran di kaunter, mereka sama-sama melangkah keluar.
“Thanks.
Susah-susah aje ingatkan aku.” Aryana tersenyum kecil.
“Kasih
diterima.”
Mereka
sama-sama ketawa di situ.
“Nanti
masa kita pergi hiking jangan lupa pakai baju lengan panjang.” Sambil
mengerling jam di pergelangan tangan kiri, Haniff mengingatkan Aryana.
Mereka
duduk sebentar di Food Court untuk membasahkan tekak.
“Apa
salahnya pakai baju lengan pendek.” Berkerut dahi Aryana memandang Haniff.
Haniff
bukan abangnya, bukan juga ayahnya, jauh sekali kekasih hati. Takkanlah baju apa
yang nak dipakai nanti perlu ikut persetujuan Haniff. Mulalah Aryana tayang
muka tak puas hati.
“Asal
cakap aje mesti nak lawan balik.” Haniff menggeleng perlahan.
“Tak
salah kan kalau pakai baju lengan panjang. Nanti tak adalah kena gigit nyamuk.
Tangan tu, tak adalah calar-balar atau terluka sebab terlanggar ranting kayu
atau duri masa kita pergi hiking nanti. Sebab tu awal-awal aku bagi
ingatan supaya pakai baju lengan panjang. Nanti bila terkena duri atau kena
gigit nyamuk sampai berparut baru tahu. Pakai lengan panjang tu untuk
keselamatan diri sendiri jugak. Faham?”
“Tahulah,”
jawab Aryana sepatah.
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=5276&idc=28195
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=5276&idc=28195
No comments:
Post a Comment