SESEKALI memang Aryana
akan bertembung dengan Danial. Semakin lama kenal, semakin banyak perkara yang
Aryana tahu mengenai Danial. Apa yang menjadi kesukaannya dan apa yang tidak
disukainya. Walaupun tempoh hari Haniff sudah memberitahu, tetapi Aryana terus
berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai Danial. Walaupun tidak semua
berada di dalam genggaman, tetapi banyak juga yang Aryana sudah tahu mengenai
Danial.
Apabil
bersama-sama Danial, memang Aryana menjaga tutur kata. Apabila berbual, Aryana
menggunakan ganti nama saya. Tidak seperti berbual dengan Haniff, Aryana lebih
selesa menggunakan perkataan aku. Dari dulu memang begitu. Terasa rapat sebagai
rakan. Tetapi dengan Danial agak berbeza situasinya. Ada ketikanya Danial agak
formal.
“Saya
nak belajar makan lolipoplah.” Tiba-tiba Danial berkata begitu.
“Betul?” Membulat mata Aryana memandang Danial
dengan perasaan teruja yang membuak-buak.
Dengar si dia nak buat apa yang disukai biarpun ia
sekadar perkara kecil terus sahaja terasa ingin melompat tinggi-tinggi sambil
petik bintang di langit. Hatinya bagaikan dipenuhi taman bunga. Harum mewangi
memenuhi ruang hati.
“Boleh
mulakan dari hari ni,” ujar Aryana sambil menghulurkan sebatang lolipop ke arah
Danial.
Tanpa
banyak soal Danial mengambil lolipop yang dihulurkan Aryana.
“Sayanglah
nak makan lolipop ni.” Lama mata Danial terpaku pada lolipop yang diberikan
Aryana sebentar tadi. Dibelek-beleknya lolipop tersebut.
“Dah
bagi, makanlah. Kenapa pulak nak
sayang?”
“Sayanglah
sebab lolipop ni pemberian daripada awak. Kalau makan nanti habis,” kata Danial
perlahan.
Aduh!
Nikmat atau dugaan kah ini? Wajah Aryana merona kemerahan. Oh, Danial,
janganlah selalu diucap kata-kata begitu. Boleh meletup jantung dibuatnya
kerana kadar denyutan jantung yang mengepam darah semakin laju rentaknya dek
lambungan perasaan yang tentulah gembira.
Sebentar
tadi Danial nampak seperti keberatan, tetapi kali ini perlahan-lahan lolipop
yang berada di tangan dimasukkan ke dalam mulut. Ralit Aryana memerhatikan
Danial yang sedang menikmati lolipop yang baru diberikan sebentar tadi.
“Makan
lolipop sampai tak boleh bercakap?” soal Aryana, hairan melihat Danial yang
tiba-tiba mendiamkan diri. Sedap sangat ke lolipop tu sampai tak boleh
bercakap?
“Manisnya
lolipop ni. Manis macam...” ujar Danial sengaja menggantungkan ayatnya.
Aryana
sabar menanti. Menunggu Danial menghabiskan ayatnya yang tergantung.
“Manis
macam... awak...” Perlahan sahaja suara Danial sambil melemparkan pandangan ke
arah Aryana.
“Tak
baik reka cerita.”
Sekalipun
bibir Aryana tersenyum, tapi kenapa hati terasa pedih. Adakah hati mula belajar
erti hakikat? Kata-kata itu sekadar mainan di bibir. Janganlah terlampau
mengharap. Memang hati melambung suka apabila Danial berkata begitu. Pujian
daripada insan tersayang.
Kalut
di hati dan perasaan jangan ditunjukkan. Sekalipun perasaan sayang pada si dia
yang berada di sebelah melambung tinggi, tapi jangan direndahkan maruah yang
sedia terpelihara. Kata-kata Mira melekat elok di hati dan kotak ingatan
Aryana. Sesekali ingatan itu menyedarkan Aryana. Mungkin kata-kata itu sekadar
kata-kata biasa. Bukan kata-kata yang menunjukkan rasa hati dan perasaan
sayang.
“Rasanya
tak. Apa yang saya cakap, itu yang saya rasa,” sambung Danial lagi.
Baru
hendak berperasaan sedih konon-kononnya. Tetapi apabila Danial sudah cakap
begitu mulalah hati yang tadinya layu berkembang mekar kembali. Hati tidak
mampu menipu. Sekalipun setiap kata-kata dan nasihat dari Mira diingat dengan
jelas, tetapi apabila si dia berkata begitu hatinya pasti tercuit. Bibir terus
mengorak senyuman kecil.
“BETUL ke Danial dan Akila tu kawan
aje?” tanya Aryana pada suatu hari apabila bertemu dengan Haniff setelah agak
lama mereka tidak berbual kerana kesibukan masing-masing.
“Dah
Danial sendiri yang cakap macam tu. Yalah agaknya. Dalam hati dia tak tahulah
sebab tak boleh nampak.” Itu jawapan Haniff.
“Sekarang
ni memanglah kawan. Esok lusa siapa yang tahu. Lagipun Akila tu pakai tudung.
Danial kan suka orang yang pakai tudung.”
Aryana
berjeda seketika. Itu Haniff sendiri pernah cakap. Danial memang sukakan gadis
yang bertudung.
“Yana...
positif okey. Tak semestinya Danial tu betul-betul akan kahwin dengan orang
yang pakai tudung. Danial cuma cakap yang dia suka tengok perempuan bertudung.
Itu aje. Selebihnya kita tak tahu hati dia. Tak mustahil jugak dia akan
terpikat dengan orang yang tak pakai tudung,” sambung Haniff lagi.
Lama
sudah tidak berbual dengan Haniff begini. Sesekali bercerita sambil meluahkan
perasaan. Haniff pun tidak kisah hendak melayan. Aryana sebenarya selesa
berkongsi rahsia hatinya dengan Haniff. Selain dari Mira, Haniff sahaja tempat
Aryana meluahkan perasaan mengenai Danial. Dengan orang lain, jangan harap
hendak diceritakan rasa hatinya.
SEDANG Aryana leka
duduk di perpustakaan sambil mengulang kaji pelajaran bersama Mira, tiba-tiba
satu pesanan ringkas diterima daripada Haniff. Nasib baik telefon bimbit
awal-awal lagi sudah disetkan mode senyap. Kalau tidak, pasti bising.
Jom teman aku pergi shopping. Ajak Mira sekali.
Itu
mesej dari Haniff. Ingatkan pasal apa. Rupanya ajak teman pergi membeli-belah.
Ceh!
Kalau Danial pergi sekali aku ikut.
Sengaja Aryana membalas mesej Haniff begitu.
Mana tahu kotlah bulan jatuh ke riba, dan Haniff akan ajak Danial sekali.
Nanti aku cuba tanya dia.
Tersenyum
lebar Aryana membaca balasan mesej dari Haniff. Taktiknya menjadi!
Aryana
mengajak Mira pergi bersama mereka tetapi Mira menolak. Jadi, terpaksa Aryana
pergi sendiri. Entah barang apa yang hendak dicari Haniff. Kebetulan kelasnya
sudah tamat. Bolehlah temankan Haniff mencari barang yang dimahukan.
Apabila
Aryana melangkah keluar dari perpustakaan, kelihatan Haniff sudah menantinya di
situ. Gayanya seperti sudah tidak sabar hendak membeli barang.
“Danial
ikut tak?” Terus sahaja soalan itu ditanya Aryana.
“Danial
kata dia ada hal. Baru aje bercakap dengan dia tadi,” beritahu Haniff.
Semangat
yang konon-kononnya berkobar-kobar dari tadi terus terpadam bagai api yang
disimbah air batu. Baru berangan hendak pergi shopping dengan Danial.
Tidak dapat pula. Kuncup dan layu senyuman Aryana.
“Tak
payah nak tayang muka kecewa sangatlah.” Selamba Haniff mengenakan Aryana.
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=5276&idc=28195
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=5276&idc=28195
Babyliss Pro nano titanium hair dryer
ReplyDeleteBabyliss Pro nano titanium hair dryer. 1,000,000. titanium drill bits 0. 100. 100. 100. 100. 100. 100. 100. 100. titanium fat bike 100. 100. 100. 100. 100. titanium quartz 100. 100. titanium nipple rings 100. 100. 100. 100. 100. 100. micro touch hair trimmer 100. 100. 100. 100. 100.