PAGI-PAGI lagi Aryana
sudah bertemu dengan Haniff. Nampak sahaja kelibat Haniff terus Aryana
melangkah. Haniff datang ditemani Hanna. Tidak boleh berenggang langsung mereka
ni, itu yang terdetik di hati Aryana. Sempat Aryana bertegur sapa dengan Hanna.
“Thanks...
Yang aku punya tertinggal kat rumah.” Tercungap-cungap Aryana kerana agak
tergesa-gesa.
Semalam
puas Aryana menyelongkar satu bilik mencari kamera punya pasal. Habis kepenatan
selongkar satu bilik, akhirnya baru teringat kamera kepunyaannya tertinggal di
rumah. Terpaksa buat muka selamba pinjam daripada Haniff kerana ada aktiviti
luar kampus dengan pensyarah.
“Tak
ada hal. Untuk kawan aku ni,
semuanya boleh.” Haniff terkekeh ketawa.
Aryana
yang dahulunya gemar subjek sains, tetapi sekarang ambil bidang ekonomi pula
sebagai bidang pilihan.
“Hisy...
main-main pulak.”
“Aku
cakap betul-betullah ni.” Haniff tergelak lagi.
Aryana
ikut tersenyum. Sempat Aryana mengerling seketika ke arah Hanna. Risau
sekiranya Hanna salah faham atau cemburu.
Antara
Hanna dan Haniff, memang Aryana tidak dapat meneka hubungan sebenar mereka.
Teman tapi mesra? Atau mereka berdua memang ada hubungan istimewa. Aryana
pernah sekali bertanya Haniff tentang hal ini. Tetapi Haniff seperti biasa,
tidak memberikan jawapan yang tepat. Jawapan Haniff semuanya bengkang-bengkok.
Tidak pernah serius.
Dia
tidak akan bertanya berkali-kali sekiranya orang yang ditanya tidak mahu
bercerita. Rahsia yang satu itu Haniff susah sedikit ingin berkongsi. Bila
ditanya Haniff cakap kawan. Tetapi bila tengok mereka sentiasa berkepit,
istilah kawan itu agak meragukan. Sesiapa pun akan cakap begitu.
Nasib
baiklah Hanna memang baik orangnya. Tersenyum sahaja. Itulah agaknya yang buat
Haniff suka. Tetapi suka yang bagaimana, tidak dapat dikenalpasti. Cuma pada
mulanya musykil juga Aryana. Risau sekiranya Hanna salah faham hubungan antara
dirinya dan Haniff. Tetapi setakat ini Hanna nampak okey sahaja.
“Pergi
berapa lama ni?”
“Dua
hari aje.”
“Alah...
kiranya dalam masa dua hari ni kita tak dapat jumpalah.” Haniff
tersengih-sengih lagi.
“Hisy,
Macamlah kita jumpa hari-hari kat kampus ni.” Tidak dapat tidak, Aryana ikut
tergelak dengan usikan selamba Haniff.
Nama
saja satu universiti. Tetapi mereka tidak berjumpa hari-hari. Masing-masing
sibuk dengan urusan sendiri, kuliah dan sebagainya. Universiti ini pula besar.
Semasa di sekolah lainlah, hari-hari berjumpa kerana mereka memang sekelas.
“Okeylah,
aku gerak dulu. Thanks...” Aryana menggerakkan tangan kanannya yang
memegang kamera Haniff sebagai tanda ucapan terima kasih.
“Bye,
Hanna.” Sempat Aryana tersenyum ke arah Hanna yang dari tadi sekadar tersenyum
memerhatikan gelagatnya bersama Haniff.
Kemudian
tergesa-gesa pula Aryana melangkah pergi.
“Yana...”
panggil Haniff tiba-tiba.
Aryana
yang masih belum melangkah terlalu jauh berpaling semula ke arah Haniff.
“Hati-hati.”
Haniff meleretkan senyumannya.
“Yalah...”
Aryana kembali memalingkan tubuhnya sebelum mula melangkah.
“Yana!”
laung Haniff sekali lagi.
Aryana
yang sudah memusingkan tubunhya terpaksa memandang Haniff semula. Keningnya
diangkat tanda bertanya. Kenapa?
“Kirim
salam kat Mira.”
“Okey.”
Huh, itu aje nak cakap! Tapi bibir Aryana tetap tersenyum sebelum mula
melangkah.
Kesuntukan
waktu. Tetapi baru setapak dua melangkah terdengar lagi suara Haniff yang
melaung memanggil namanya buat kali yang ketiga.
Aryana
sudah mula naik angin. Sekadar memandang Haniff menunggu lelaki itu berbicara.
Haniff pula sekadar ketawa kecil sambil tayang muka tidak berdosa apabila wajah
Aryana mula mencuka.
“Cepatlah
cakap!” desak Aryana sambil melihat jam di pergelangan tangan.
Geram
dengan Haniff yang tersengih-sengih gaya kerang tidak cukup air. Haniff memang
tahu dirinya kesuntukan waktu. Tetapi masih lagi mahu main-main.
“Tak
ada apalah. Saja panggil.” Haniff ketawa jahat.
“Hisy,
suka sangat main-main. Orang nak cepatlah!” Bulat mata Aryana memandang Haniff.
“Dah...
pergilah cepat. Karang lambat pulak.” Suara Haniff tidak lagi senakal tadi.
Tetapi bibirnya tetap tersenyum-senyum memandang Aryana.
Tanpa
sebarang kata, Aryana sekadar tersenyum sambil menggeleng perlahan dengan
kenakalan Haniff. Tidak lama kemudian kakinya terus mengorak langkah.
LEGA kerana
tugasan yang diberikan sudah disiapkan dengan jayanya, mulalah Aryana tersenyum
lebar. Lenguh di tangan terasa berbaloi. Mira di sebelah masih khusyuk dengan
buku di depan mata. Suasana sunyi di perpustakaan universiti memberi keselesaan
untuk Mira terus ralit membaca.
“Senyum
aje dari tadi, ingatkan siapa?”
Teguran
Haniff menyebabkan Aryana tersenyum nipis. Namun tiba-tiba terasa segan pula
kala matanya bertembung pandang dengan Danial yang datang bersama Haniff.
Tempoh hari Aryana agak terkejut, rupanya Haniff dan Danial merupakan rakan
satu dorm di hostel penginapan pelajar. Tidak Aryana sangka Danial yang
dikenali ketika hari pendaftaran turut dikenali Haniff.
“Entah
Yana ni, dari tadi dia berangan,” sampuk Mira sambil menoleh seketika ke arah
Haniff sebelum sekali lagi pandangannya jatuh pada Aryana yang duduk di
sebelahnya.
Mira
juga lama kelamaan turut rapat dengan Haniff. Sering juga Aryana bertemu dengan
Haniff, maka dengan sendirinya Mira turut selesa berkawan dengan Haniff.
Tambahan pula kedua-duanya memang peramah. Maka mudah sahaja mereka serasi
berkawan.
“Mata
kat buku. Tapi sempat lagi pandang benda lain,” balas Aryana bersahaja.
“Biasalah
sambil menyelam, minum air,” becok mulut Mira bersuara. Tidak mahu kalah.
Ada-ada
ajelah Mira ni. Aryana tersenyum sendiri.
Danial pula dari tadi hanya mendiamkan diri, sekadar
memerhatikan Aryana dan Haniff yang berbual.
“Senyap
aje dari tadi kenapa?” Tiba-tiba Haniff menoleh memandang Danial.
“Tak
sangka Yana ni peramah. Hari tu nampak macam pendiam. Nampak macam berat mulut
nak bercakap.” Itu pula yang Danial suarakan tanpa disangka-sangka.
Segan
sendiri Aryana dibuatnya dengan komen bersahaja Danial. Dengan orang yang
Aryana tidak berapa biasa, automatik dirinya akan menjadi pendiam. Sekiranya
dengan orang yang sudah biasa, banyak topik yang boleh dibualkan.
Mereka
berempat terus berbual-bual di situ.
HARI ini diadakan
Sambutan Maulidul Rasul peringkat universiti. Profesor Usman memulakan ceramah.
Dalam keramaian itu, sempat pula Aryana terpandangkan kelibat Haniff. Nampak innocent
sahaja Haniff hari ini. Muka pun bukan main berseri lagi. Seri air sembahyang
agaknya. Hilang muka budak nakal yang suka menyakat orang.
Khusyuk
Haniff mendengar ceramah Profesor Usman, salah seorang pensyarah yang mengajar
di universiti ini. Suara Profesor Usman yang lunak telah berjaya menarik
perhatian Aryana. Kali ini Aryana mula fokus.
Apa
yang disampaikan oleh Profesor Usman cuba didengari dengan baik supaya senang
meresap masuk ke dalam hati dan mudah untuk diamalkan di kemudian hari. Duduk
dalam majlis ilmu begini memang mendapat banyak pahala apatah lagi jika
diamalkan apa yang disampaikan. Tidaklah masuk telinga kanan, keluar telinga
kiri.
Profesor
Usman banyak menceritakan tentang kisah perjuangan dan sifat terpuji Rasulullah
dalam menyebarkan syiar Islam sehinggalah ke saat kewafatan Baginda. Selain
itu, soal juga pada diri sendiri, apa yang mampu dilalukan untuk agama.
Persoalan itu Profesor Usman tujukan kepada semua yang hadir. Mampukah mengikut
peribadi Rasulullah dan mampukah berjuang mempertahankan agama sepetimana yang
Rasululah lakukan. Atau manusia akhir zaman ini lebih banyak mensia-siakan masa
yang dikurniakan ALLAH.
Kata
Profesor Usman lagi, pepatah mengatakan masa itu ibarat emas. Tetapi sekali
lagi Profesor Usman menegaskan bahawa masa itu sebenarnya lebih berharga
daripada emas, kerana masa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Belilah
dengan satu dunia yang kamu ada nescaya kamu tidak mampu memperolehinya semula.
Profesor
Usman mengingatkan setiap saat yang berlalu, ianya tidak akan kembali lagi.
Begitulah penting dan berharganya masa. Kadangkala manusia terlalu leka dan
kesuntukan waktu kerana mahu mengejar dunia semata-mata, sedangkan sedikit pun
amalan untuk bekalan di akhirat sana tidak disediakan.
“Satu
fardu waktu solat yang tak sampai 20 minit pun payah nak buat. Tapi bila main game,
berjam-jam boleh.”
Kata-kata
Profesor Usman itu disambut dengan suara ketawa pelajar lelaki. Agaknya dalam
ramai pelajar ini adalah yang terkena. Main game, memang perkara yang
melekakan dan melalaikan. Jangankan budak kecil, orang dewasa juga sama
terleka. Isu ini lebih dekat dengan penuntut universiti.
“Ulang
kaji dari pukul 8.00 malam sehingga pukul 4.00 pagi boleh buat. Solat Tahajud
yang tak sampai 15 minit tak mampu nak buat,” tambah Profesor Usman dalam
senyuman. Kali ini Profesor Usman mengambil pendekatan yang lebih mudah dan
lebih dekat dengan pelajar.
Aryana
tersenyum pahit. Rasa terpukul dengan kata-kata Profesor Usman yang menyentak
tangkai hati. Terkena pada batang hidung sendiri. Betul apa yang Profesor Usman
cakap. Rasulullah dahulu berjuang berhabis-habisan untuk menyebarkan Islam,
tetapi umatnya hari ini bersenang-lenang sambil melakukan perkara yang sia-sia.
“Kan
lebih elok sekiranya bangun pagi dan meluangkan sedikit masa melakukan
Qiamullail. Tidur berjam-jam boleh. Qiamullail payah pulak nak buat.” Profesor
Usman berhenti seketika sebelum menyambung kembali kata-katanya.
“Tak
buat panjang-panjang berserta dengan zikir pun tak apa. Cukup dengan Solat
Tahajud, kemudian Solat Sunat Taubat diikuti Solat Hajat dan diakhiri dengan
Solat Witir tiga rakaat. Nak tambah dengan solat sunat yang lain pun boleh
seperti Solat Tasbih dan Solat Istikarah.”
Selama
ini Aryana tidak tahu amalan Qiamullail ini tidak semestinya dilakukan berserta
dengan zikir yang terlalu panjang. Rupanya cukup sekadar yang termampu
dilakukan. Sedangkan solat lima waktu yang wajib pun ALLAH memberi kelonggaran.
Boleh melakukan Solat Jamak dan Qasar ketika seseorang itu sedang bermusafir
inikan pula amalan seperti Qiamullail.
“Rajin
bersengkang mata sebab nak dapat keputusan yang baik ketika peperiksaan. Tetapi
bersengkang mata menghadap ALLAH tak rajin nak buat. Nak berjaya bukan kat
dunia aje, tapi akhirat pun sama. Saham akhirat pun kena jaga jugak,” jelas
Profesor Usman lagi.
Kata-kata
Profesor Usman jauh meresap terus ke dalam jiwa Aryana. Akan diingatnya hingga
ke akhir hayat.
“Dunia merupakan lapangan untuk mengumpul
pahala sebanyak mungkin. Tempat yang harus digunakan sebaiknya untuk mendapat
reda ALLAH. Betapa ALLAH begitu sayangkan hamba-NYA. Dunia ini bukan sahaja
dijadikan untuk umat manusia berteduh, tetapi sebagai tempat untuk kita
memperoleh dan mengumpul pahala sebagai bekalan di akhirat. Dunia sebagai
jambatan dan lubuk masa untuk mengumpul pahala menuju syurga ALLAH. Masa yang
diberi untuk mencari sebanyak mungkin pahala,” sambung Profesor Usman panjang
lebar.
“Betapa
ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap amalan yang baik itu
dijanjikan oleh ALLAH dengan balasan pahala. Tidak rugi berbuat baik kerana
balasan yang diperolehi jugak baik. Nanti diri sendiri jugak yang untung.”
Akhiri Profesor Usman.
LAGI DI SINI
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=5276&idc=28195
LAGI DI SINI
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=5276&idc=28195
No comments:
Post a Comment