AWAN
mendung beransur-ansur berarak pergi. Mentari yang tadinya bersembunyi di
sebalik awan, kembali menjelmakan diri. Bumi yang tadinya basah ditimpa hujan,
kembali panas apabila disimbah cahaya mentari. Jam baru sahaja merangkak ke
angka sebelas setengah pagi. Haiqal berdiri sambil melihat pemandangan gah kota
metropolitan Kuala Lumpur yang terbentang luas di hadapan mata. Pemandangan
alam menjadi begitu indah dan mempesonakan selepas dibasahi hujan. Kelihatan
beberapa ekor burung berterbangan bebas.
Kesibukan kota tidak sedikit pun
memberikan kesan terhadap makhluk ciptaan Tuhan itu. Haiqal sukakan suasana
hening sebegini. Begitu damai dan mengasyikkan. Dipandang lagi titik-titik
kecil air hujan yang menitik jatuh ke bumi. Jernih bak mutiara. Bersinar
apabila dipanah cahaya matahari. Ketenangan yang Haiqal rasakan kini
rupa-rupanya bukan miliknya yang kekal. Kenangan lalu tiba-tiba mengganggu
fikirannya. Membawa pergi ketenangan yang baru
bermukim di hatinya. Satu per satu rentetan perjalanan hidupnya terlayar di
ruang minda.
“Andainya hujan ini dapat membawa pergi segala dosaku....”Haiqal
menundukkan kepalanya, mengeluh sendirian.
Sampai bila dia harus berperasaan
begini? Tidak bolehkah segalanya hilang begitu sahaja? Haiqal masih tidak jemu
menikmati pemandangan luar yang masih kelihatan lembap. Bumi Allah ini
kelihatan bercahaya dan tenang selepas dibasahi hujan. Segala kekotoran dibawa
pergi. Alangkah bertuahnya jika hujan ini mampu memadam segala dosa silamnya
sepertimana bumi Allah ini kelihatan bersih selepas hujan.
Bukankah elok jika
hujan ini mampu menyucikan dirinya daripada semua noda hitam? Tidaklah dirinya
akan terus terbeban dengan rasa bersalah ini.
“Tak mungkin semudah
itu....”Haiqal merintih perlahan.
Tiba-tiba Haiqal tersenyum sinis. Mampukah
dia berubah? Berubah menjadi insan yang lebih baik. Terus terang dia masih
belum bersedia meninggalkan cara hidupnya kini. Mampukah dalam sekelip mata
segala keseronokan dunia ini ditinggalkan begitu sahaja? Rasanya tidak mudah
untuk Haiqal melakukan perubahan yang drastik dalam hidupnya.
Perlahan-lahan
keluhannya dilepaskan, cuba melepaskan lelah di dada. Terasa seperti satu
bebanan perasaan yang begitu menekan. Kata orang, pelangi akan muncul selepas
hujan di tengah hari. Sepertimana hatinya yang ditimpa hujan ketika ini. Adakah
pelangi itu akan mucul mewarnai hatinya kelak? Alangkah indahnya jika pelangi
itu mengusir pergi awan mendung yang masih berada di hatinya. Sepertimana indahnya
pelangi yang dilihat ketika ini, menerangi langit yang tadinya mendung ditimpa
hujan.
Semoga suatu hari nanti pelangi itu akan menerangi seluruh hatinya yang
kini dirasakan kosong dan sunyi. Haiqal berharap benar agar dirinya tidak lagi
dibalut luka dengan kenangan silam yang sentiasa mengganggu ketenangannya
selama ini.
“Dania....”Sekali lagi nama itu meniti di bibir Haiqal. Jiwanya
dicengkam pilu setiap kali mengingati gadis tersebut.
Kenapa sejak akhir-akhir
ini ingatannya sering saja kepada Dania? Sering saja wajah Dania bermain di
mindanya. Senyuman Dania sentiasa menabiri ruang matanya. Masihkah dia ingat
kepada diri Haiqal? Satu-satunya gadis yang meninggalkan kesan paling mendalam
dalam hidupnya. Mana mungkin semudah itu Haiqal dapat melupakan Dania. Tidak
pernah sesaat pun gadis tersebut hilang daripada ingatannya.
Sudah lama
kejadian itu berlaku. Hari demi hari, tahun demi tahun. Namun, berita mengenai
Dania langsung tidak diketahuinya. Segala-galanya masih segar di ingatannya,
bagaikan baru semalam ia terjadi. Satu peristiwa yang begitu disesalinya
sehingga kini. Peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan daripada lipatan
sejarah hidupnya.
“Di mana dia sekarang?”Haiqal sendiri tiada jawapannya.
Pertemuan mereka dahulu terlalu singkat namun, memberi impak yang besar kepada kehidupannya
kini. Terasa rindu kepada gadis tersebut. Bahkan rasa rindu itu semakin
mendalam dari sehari ke sehari. Haiqal terasa semakin berdosa terhadap Dania
setiap kali kenangan silam itu menerjah ingatannya. Bagaimanakah caranya untuk
menebus segala dosanya terhadap Dania?
Lamunan
Haiqal terhenti apabila terdengar bunyi ketukan di pintu. Haiqal melangkah ke
arah meja kerjanya dan kembali duduk di atas kerusi empuk miliknya. Kot biru
gelap yang membaluti tubuhnya dibetulkan agar kelihatan lebih kemas.
“Masuk!”Haiqal memberi arahan.
Terjengul muka Lisa di sebalik pintu. Slack
hitam dan kemeja pink cair dipadankan dengan kasut tumit tinggi menyerlahkan
penampilannya. Sesuai benar dengan jawatan yang disandangnya kini.
“Ada apa,
Lisa?”Haiqal mengangkat kepala, matanya diarahkan ke wajah Lisa yang sudah pun
berdiri di hadapannya.
“Encik Haiqal, petang ni pukul tiga kita ada perjumpaan
dengan wakil Syarikat Khazanah Holdings.”Lisa mengingatkan Haiqal.
Haiqal
mengangguk. Dia sudah berpesan kepada Lisa pagi tadi agar mengingatkan dirinya
mengenai janji temu tersebut. Lisa mengatur langkah menuju ke pintu setelah
memberitahu maklumat penting kepada bosnya. Haiqal hanya memandang. Ingatan
terhadap Dania beransur-ansur berlalu pergi. Haiqal mengeluh seketika, cuba
mengusir pergi kenangan yang tiba-tiba datang menjelma.
Dia mencapai fail yang
diletakkan di atas meja. Sehelai demi sehelai isi kandungan fail itu diselak
dan diteliti. Tiba-tiba telefon bimbit Haiqal berbunyi nyaring menandakan ada
panggilan masuk. Tanpa melihat nama si pemanggil, Haiqal terus menekan butang
answer.
“Kenapa you buat I macam ni, Haiqal?”Suara Linda menerjah
di hujung talian. Sengaja mahu melepaskan rasa tidak puas hatinya.
Haiqal menjarakkan
sedikit telefon bimbit tersebut daripada telinganya. Sakit gegendang telinganya
apabila tibatiba saja diterjah oleh suara Linda yang agak kuat. “I buat
apa?”tanya Haiqal sedikit kasar.
“You tahu, kan I ada call you banyak kali? You
sengaja tak nak jawab, betul tak?”marah Linda. Sakit hatinya mengenangkan sikap
endah tak endah Haiqal. Lenguh jarijemarinya mendail nombor Haiqal
berkali-kali. Bukan setakat hari ni sahaja malah sebelum ini pun sama.
“Kan I
dah jawab ni. You nak apa call I ni?”tanya Haiqal bernada bosan. Memang dia
malas mahu melayan panggilan telefon daripada Linda.
“Kenapa sekarang ni susah
sangat I nak jumpa you? Nak jawab panggilan telefon I pun payah. Bila I ajak
keluar, you tak nak. Dulu tak macam ni pun,”rungut Linda. Kalau dulu senang
aje. Tapi sekarang bukan setakat susah nak jumpa, nak dengar suara pun payah.
“I tengah sibuk la sekarang ni, banyak kerja. Lagipun you tak pernah complaint
pun sebelum ni. Kenapa sekarang nak marah pulak?”Kata Haiqal dengan selamba.
Rimas dengan sikap Linda yang mengada-ada.
“Tapi you tak patut buat I macam ni.
At least bila I call, jawab la....”Haiqal sudah mula bosan. Suka hati la nak
jawab ke tak nak jawab ke. Yang Linda sibuk tu buat apa?
“Linda, I tengah ada
kerja ni. You pun tak ada perkara penting nak cakap pada I, kan? Okey la Linda,
bye!”Haiqal memutuskan talian. Menyesal dia menjawab panggilan daripada
Linda sebentar tadi.
Buat semak kepala aje. Telefon bimbitnya sekali lagi
berbunyi nyaring. Tertera nama Linda di skrin telefon. Haiqal membiarkan sahaja
telefon bimbitnya terus berbunyi sehinggalah panggilan tersebut mati begitu
sahaja.
HAIQAL
dan Lisa sudah sampai di tempat yang dijanjikan. Mereka sedang menunggu wakil
dari Syarikat Khazanah Holdings. Tidak sampai lima minit menunggu, kelihatan
kelibat wakil dari Syarikat Khazanah Holdings. Haiqal tersenyum penuh kelegaan.
“Apa khabar, Encik Haiqal? Dah lama ke tunggu? Rasanya kami tak lambat,
kan?”Azean bertanya ramah kepada Haiqal dan Lisa.
Tangannya dihulurkan untuk
bersalaman dengan Lisa, pembantu Haiqal yang akan bersama-sama menguruskan
projek mereka di Sepang nanti.
“Fine, thank you. Memang tak lambat, tepat
seperti yang dijanjikan.”Haiqal tersenyum senang.
Dalam pada itu ada sesuatu
yang lebih menarik perhatian Haiqal. Matanya terpaku memandang rakan sekerja
Azean. Cantik orangnya, tak pernah lihat pun sebelum ni. Rasanya ini baru
pertama kali mereka bertemu. Gadis itu benar-benar menarik perhatiannya.
“Perkenalkan ini Maisara, rakan sekerja saya yang baru.”Azean memperkenalkan
Maisara kepada Haiqal dan Lisa.
“Yang ni pulak Encik Haiqal, selaku pengurus
projek di Sepang nanti. Yang cantik manis ni Lisa, pembantu Encik
Haiqal,”terang Azean kepada Maisara.
“Lisa,
selamat berkenalan.”Lisa tersenyum ramah memperkenalkan dirinya sambil
menyambut huluran tangan Maisara. Haiqal menghulurkan tangannya untuk
bersalaman dengan Maisara.
“Ameer Haiqal. Just call me Haiqal. Nice to meet you
Cik Maisara. Harap lepas ni kita dapat bekerjasama dengan baik.”Haiqal
tersenyum kecil.
“Sorry, Encik Haiqal, saya....”Maisara tidak menghabiskan
kata-katanya. Dia berharap yang lelaki itu akan faham sendiri. Tangan Haiqal
dibiarkan sahaja tidak bersambut. Seboleh mungkin dia tidak mahu Haiqal salah
faham ataupun berkecil hati.
“Tak apa, saya... faham.”Haiqal segera menarik
tangannya kembali. Seboleh mungkin Haiqal cuba mengawal riak wajahnya.
Macam
manalah boleh lupa. Orang yang bertudung macam Maisara ni tentulah lain sikit.
Buat malu aje. Haiqal mengutuk dirinya sendiri. Walau apa pun, Haiqal kagum
dengan Maisara. Pandai membawa dan menjaga diri ke mana sahaja gadis itu pergi.
Gadis di hadapannya ini tentulah lain daripada manamana perempuan yang pernah
ditemuinya sebelum ini.
Wajah Maisara direnung lagi. Bagaikan ada sesuatu pada
Maisara yang membuatkan Haiqal terus merenung gadis tersebut. Ah, tak
mungkinlah... detik hati kecil Haiqal.
“Encik Haiqal ingat lagi Taufiq, kan?
Sara yang akan menggantikan Taufiq untuk projek di Sepang ni,”terang Azean, cuba
menghilangkan rasa serba salah Haiqal.
“Hmmm... Taufiq... dah tentu
ingat.”Haiqal mengangguk beberapa kali. Di ruang matanya terbayang wajah anak
muda yang begitu komited terhadap kerjanya.
Seketika
kemudian perbincangan dimulakan. Maisara tidak banyak bercakap. Dirinya lebih
banyak mendengar untuk lebih memahami memandangkan tugas ini baru diambil alih
daripada Taufiq. Dia hanya menambah apabila perlu sahaja.
Azean yang lebih
banyak memainkan peranan berbincang dengan Haiqal dan Lisa. Selesai
perbincangan, Azean dan Maisara meminta diri terlebih dahulu. Cuma Haiqal dan
Lisa sahaja masih di tempat duduk mereka. Haiqal hanya memerhatikan sahaja
Maisara dan Azean yang berlalu pergi.
KETIKA
dalam perjalan pulang, mulut Azean becok bertanya itu dan ini. Tak boleh duduk
diam langsung. Ada sahaja perkara yang ingin diperkatakannya.
“Apesal kau diam
aje waktu perbincangan tadi? Cakap pun bila perlu aje. Kenapa ek? Takkan kau
segan dengan Encik Haiqal tu?”Azean bertanya kehairanan. Wajah Maisara
dipandang lama.
“Aku, kan baru aje ambil tugas ni. Jadi, aku guna masa ni untuk
aku study betul-betul pasal projek ni. Akan datang senang la aku nak buat
kerja. Faham?”Maisara ketawa apabila Azean menganggukkan kepalanya
berkali-kali. Kelakar betul, macam aksi budak tadika pun ada.
“Ooo....”Azean
menjawab tanda mengerti. Tetapi suara Azean lain macam saja bunyinya. Macam
orang tak percaya sahaja lagaknya.
“Lagipun nikan pertama kali aku jumpa
diorang, tak biasa
lagi. Lain la macam kau, peramah. Kau pun tentu dah biasa dengan Encik Haiqal
dan Cik Lisa tu,”kata Maisara sambil memandang Azean.
“Hmmm... betul la tu. Aku
memang dah selalu sangat jumpa dengan Encik Haiqal tu. Kebetulan ni bukan
projek pertama kita orang bekerjasama. Lagipun Encik Haiqal tu memang selalu
datang ofis kita. Kau tak perasan ke?”tanya Azean lagi.
“Selalu datang ofis
kita? Tapi kenapa aku tak pernah jumpa dia pun sebelum ni?”Maisara berkata
dengan wajah kehairanan. Tidak pernah pula dia bertembung dengan Haiqal di
pejabat mereka kalau benarlah lelaki itu kerap datang.
“Mungkin sebab kau baru
lagi kerja. Lagipun Encik Haiqal tu selalunya berurusan terus dengan Datuk
Othman, bapa saudara kau tu. Kalau dia ada datang pun mungkin kau tak perasan.
Kebetulan kebelakangan ni dia dah jarang datang,”terang Azean.
Maisara
mengangguk. Mungkin benar kata Azean. Barulah dia tahu duduk perkara sebenar.
“Kalau kau nak tau, Encik Haiqal tu pekerja kesayangan. Bos dia, Tengku Ismail
tu sanggup bayar tinggi semata-mata nakkan Encik Haiqal tu terus bekerja dengan
dia. Orang profesional la katakan. Sebab tu la ramai yang suka bekerja dengan
dia. Buat kerja pun tip top,”puji Azean sambil menaikkan ibu jari kanannya.
“Kalau macam tu tinggi la payment dia.”Maisara mengangkat keningnya.
“Tau tak
apa. Aku dengar keluarga dia ada syarikat sendiri, tapi dia tetap kerja dengan
Tengku Ismail. Orang nak cari pengalaman la katakan.”Azean tergelak sendiri.
“Tapi, kan... dari tadi aku perasan dia asyik tengok kau aje.
Tak berkelip-kelip mata dia pandang kau. Janganjangan dia suka dekat kau
tak?”Azean serkap jarang.
“Merepek la kau ni.”gelengkan kepalanya beberapa
kali. Maisara menggeleng-
“Eleh...
merepek konon,”usik Azean lagi sambil tersengih-sengih.
Maisara terdiam
seketika. Tidak mengulas usikan Azean sebentar tadi.
“Kau ni kenapa pulak,
Sara? Boleh pulak kau termenung aje sambil aku tengah bercakap. Sempat jugak
kau berkhayal ek?”sergah Azean agak kuat. Azean menggelengkan kepalanya. Buat
habis air liur aje. Ruparupanya dia bercakap sorang-sorang. Pelik benar
perangai Maisara hari ini. Maisara tersentak daripada lamunannya apabila
ditegur oleh Azean.
“Dah la, jom balik.”Ajak Maisara. Azean di belakang hanya
menggeleng. Dituruti langkah Maisara yang sudah pun dua langkah di hadapannya.
MAISARA
singgah sebentar di Seven Eleven ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Ketika itu jam sudah menunjukkan angka lapan malam. Ada barang yang hendak
dibelinya. Tambahan pula tekaknya tiba-tiba terasa dahaga. Maisara mencapai
barang yang ingin dibelinya. Sesudah itu kakinya melangkah menuju ke kaunter
untuk membuat bayaran. Ketika Maisara ingin melangkah keluar, dia hampir
terlanggar seorang lelaki muda yang ingin masuk ke dalam Seven
Eleven tersebut.
Saat itu juga terlepas plastik barang daripada pegangan tangan
Maisara.
“Errr... cik... minta maaf,”ucap lelaki yang hampir dilanggar oleh
Maisara itu.
Maisara tidak sempat memandang wajah lelaki yang hampir
dilanggarnya itu. Tubuhnya menunduk sedikit untuk mengambil beg plastik yang
sudah terjatuh. Baru sahaja tangan Maisara ingin mencapai beg plastik,
tiba-tiba dia terdengar namanya disebut oleh lelaki itu.
“Cik Sara?”Suara
lelaki itu penuh nada kejutan.
Maisara segera mengangkat wajahnya, ingin
melihat gerangan lelaki yang menyebut namanya itu. Dahinya dikerutkan. Haiqal?
“Awak rupanya....”Haiqal tergelak perlahan. Maisara mengetap bibirnya.
Pertemuan yang tidak disangka-sangka.
“Sorry... saya betul-betul tak perasan
awak nak keluar tadi.”Haiqal memohon maaf.
“Hal kecil aje.”Ujar Maisara yang
cuba beriak bersahaja.
“Ada barang yang rosak tak? Saya gantikan semula.”Haiqal
memandang barang yang berada di dalam beg plastik yang dipegang oleh Maisara.
“Tak ada apa yang rosak pun, semuanya elok lagi.”Maisara menjawab dengan tenang
pertanyaan Haiqal itu.
Haiqal tersenyum lega. Wajah Maisara direnung lagi.
Sejak pertemuan mereka tempoh hari dirinya bagaikan tidak dapat melupakan
Maisara. Sering sahaja wajah Maisara bermain di mindanya.
“Saya... balik
dulu.”Maisara cuba memaniskan wajahnya.
Tidak betah dia berlama-lama di situ apatah lagi setelah melihat Haiqal yang
merenung dirinya sebegitu rupa. Betul-betul membuatkan dia rasa tidak selesa.
Haiqal ingin menahan. Entah kenapa Maisara nampak seperti tergesa-gesa sahaja.
Langkah Maisara sudah semakin jauh. Akhirnya Haiqal hanya mampu memerhatikan
sahaja Maisara yang semakin menghilang daripada pandangan matanya.
No comments:
Post a Comment